The English Panel of SK Guar Lobak is made up of 15 experienced English teachers. It aims to raise the standard of English among the pupils through various English programmes and interesting supporting activites. It is responsible in bringing out excellent results and success to the school and its pupils

WHAT IS MBMMBI?

Friday, January 24, 2014



KERTAS KERJA PELAN TINDAKAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR LOBAK TAHUN 2014 DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

PENDAHULUAN
            Dasar MBMMBI(Memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengambil alih dasar PPSMI(Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 2010. Empat strategi telah digariskan dalam dokumen MBMMBI KPM(buku kuning) yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi memperkukuhkan Bahasa Inggeris iaitu:
            a)Penambahan waktu P&P Bahasa Inggeris di SK,SMK, SJKC dan SJKT.
            b) Empat IPGM dan satu pusat Bahasa mengkhususkan Bahasa Inggeris
            c) pendekatan P&P.
            d) Menambahbaikan fungsi makmal komputerkepada makmal bahasa.
Sekolah Kebangsaan Guar Lobak merupakan salah satu institusi yang terlibat dalam keempat-empat strategi tersebut malah SKGL turut terlibat dengan Program Penutur Jati yang telah diperkenalkan oleh KPM melalui Bahagian Perkembangan Kurikulum bagi membantu guru-guru Bahasa Inggeris Tahap 1 sekolah terpilih dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

RASIONAL DAN JUSTIFIKASI
  1. Sesuatu dasar atau program yang diperkenalkan akan berjaya atau berkesan sekiranya setiap agensi, institusi , kumpulan malah individu yang terlibat memainkan peranan yang penting
  2. Pencapaian Bahasa Inggeris di dalam peperiksaan UPSR 2013 di SKGL sebanyak 74.6% adalah terendah antara semua subjek dan masih perlu diperbaiki selaras dengan misi sekolah untuk mencapai prestasi sekolah cemerlang pada masa akan datang.



  1. Justeru, situasi seperti yang tersebut di atas serta kehendak semasa pihak KPM, JPN mengkehendaki pihak sekolah untuk merancang kertas kerja cadangan aktiviti serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan murid dan guru SKGL. Ini disebabkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu dibuat oleh murid agar mereka mampu bersaing di peringkat nasional dan global.

MATLAMAT
  1. Membina modal insan yang mampu berkomunikasi dengan yakin dan berkesan dalam Bahasa Inggeris dalam mana-mana situasi yang perlu serta mampu meneroka ilmu dari pelbagai sumber untuk pembangunan diri masyarakat.
  2. Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid dan guru SKGL.
  3. Mencapai prestasi yang lebih baik dan cemerlang untuk matapelajaran bahasa Inggeris.

KUMPULAN SASARAN
  1. Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Guar Lobak.

TARIKH DAN JANGKAMASA PERLAKSANAAN
  1. Mulai Januari 2014 hingga November 2014
  2. 30 minit seminggu untuk semua guru dan murid SKGL minggu kedua dan keempat.

PERLAKSAAN PROGRAM
  • Perlantikan ahli jawatankuasa di kalangan ahli-ahli Panitia Bahasa Inggeris.
  • Penyediaan kertas kerja perlaksanaan Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris peringkat sekolah.
  • Penglibatan smua guru Bahasa Inggeris dan semua murid SKGL.
  • Pemantauan perlaksanaan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris.




SUMBER KEWANGAN
  • PCG Murid
  • Wang SUWA
  • PIBG
  • Agensi-agensi luar

PENUTUP
Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris perlu dilaksanakan di setiap sekolah –sekolah khususnya di Negeri Kedah Darul Aman. Di samping penyampaian guru yang berkesan dalam P&P di bilik darjah, aktiviti-aktiviti sokongan sebegini perlu dijalankan dengan teratur dan berkesan bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid-murid. Usaha ini selaras dengan Dasar MBMMBI yang dihasratkan oleh kerajaan bagi menggantikan dasar PPSMI secara soft-landing. Gemblengan tenaga, rasa tanggungjawab serta kesepaduan usaha semua pihak yang terlibat dalam program ini dapat memastikan perealisasikan program yang berkesan.

Disediakan oleh:
Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Padang Serai,
Kedah Darul Aman.





0 comments:

Post a Comment

 
by tqhdrs